Ahli Parlimen Rembau yang bernama Khairy
Jamaluddin Abu Bakar, telah menempelak kenyataan dari bekas Perdana Menteri , Datuk
Seri Najib Razak mengatakan bahawa kekalahan dari Barisan Nasional atau BN pada Pilihan Raya Umum yang ke-14 “PRU14” lalu merupakan sebab dari fitnah serta janji palsu Pakatan Harapan ( PH )
.
Khairy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Kewangan Kabinet Bayangan
BN , sebaliknya telah menyatakan bahawa BN tewas pada PRU yang ke - 14 akibat
dari 1Malaysia Development Berhad “1MDB”
.
Di dalam akaun Twitternya , KJ mengtakan bahawa lost because of 1MDB .The
End yang berarti Kita kalah sebab 1MDB. Tamat. Ujarnya.
Sehingga pada pukul 6 petang tadi ia
dikongsi lebih 2,600 pengikut dengan
lebih 2,000 yang suka .
Kebanyakan dari netizen meninggalkan komen bersetuju dengan kenyataan KJ
tersebut .
Seorang netizen , Prempuchong berkata “ Najib still in denial mode ” ( Najib
masih dalam mod penafian ) .
ShahRblood pula telah memberi komentar bahawa KJ makin berani.
Perkongsian itu turut merujuk pada laporan sebuah akhbar yang berbahasa
Inggeris mengenai kenyataan tentang Najib yang telah mendakwa kekalahan BN pada PRU14 ,
berikutan daripada penipuan , fitnah serta janji palsu yang telah dibuat oleh PH.
Najib turut membuat kenyataan itu kepada Sesi Dialog Sembang Santai di
Pusat Dagangan Dunia Putra atau yang biasa disebut PWTC, petang tadi yang telah disiarkan secara langsung menerusi akaun
Facebooknya .
Sumber : bharian.com

