Pada Tanggal 24 Januari 2019
Majlis Raja -Raja akan mengadakan mesyuarat khas yang diselenggarakan di Istana
Negara ini untuk memilih Yang di-Pertuan Agong yang ke XVI serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Tak hanya pemilhian Yang
di-Pertuan Agung serta Timbalan Yang di-Pertuaan Agong saja Majlis Raja-Raja
juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan Yang
di-Pertuan Agong yang ke- XVI serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 31
Januari ini.
Penetapan tarikh mesyuarat
khas itu dicapai menerusi mesyuarat khas Majlis Raja - Raja yang diadakan di
Istana Negara yang dihadiri oleh enam daripada sembilan Sultan dan juga Raja.
Tan Sri Syed Danial Syed
Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, mengatakan bahawa mesyuarat khas dihadiri oleh Raja Perlis,
Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail ; Sultan Terenganu, Sultan Mizan
Zainal Abidin ; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ,Tuanku Muhriz Tuanku
Munawir; Sultan Johor , Sultan Ibrahim Iskandar ; Sultan Perak, Sultan Nazrin
Muizzudin Shah serta Sultan Kedah ,
Sultan Sallehuddin Shah.
Beliau mengatakan bahawa ,
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah tidak berangkat kerana gering manakala Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pula sedang berada di luar negara .
“Mesyuarat khas Majlis Raja -
Raja hari ini diadakan susulan Sultan Muhammad V , meletakkan jawatan Yang
di-Pertuan Agong ke- 15, berkuat kuasa serta merta, semalam.
“Sehubungan dengan itu, Raja-Raja telah menetapkan tanggal 24
Januari ini untuk mengadakan mesyuarat khas bagi memilih Yang di-Pertuan Agong
ke-16 serta Timbalan Yang di-Pertuan
Agong.
“Raja-raja juga menetapkan
tanggal 31 Januari ini untuk
membincangkan acara Mengangkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 serta
Timbalan Yang di-Pertuan Agong ,” ujarnya
dalam kenyataan media.
Keputusan dari Sultan
Muhammad V yang meletak jawatan itu selaras dengan Perkara 32 ( 3 )
Perlembagaan.
Beberapa prosedur yang telah
ditetapkan dalam menentukan pemilihan
Yang di-Pertuan Agong baharu antaranya yaitu , baginda harus dipilih oleh Majlis Raja-raja mengikut kaedah serta cara
ditetapkan dalam Jadual Ke-3 Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja -
raja.
Jika berlaku kekosongan
jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong , maka urusan
pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada 4 minggu dari tarikh berlaku
kekosongan jawatan .
Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja pula yang akan menyembah syarat kepada setiap Raja bagi memohon
perkenan sama ada baginda berhasrat dicalonkan untuk dipilih menjadi Yang
di-Pertuan Agong dan juga Timbalan Yang
di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun juga ,
Raja-Raja yang tidak berhasrat dipilih hendaklah memaklumkan secara bertulis
kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja serta negerinya akan diletakkan di
tempat akhir sekali dalam senarai pencalonan pada masa itu .
Mengikut amalan yang sudah
ada maka , Yang di-Pertuan Agong dipilih berdasarkan sistem penggiliran setiap 5
tahun mengikut negeri.
Menurut senarai , giliran
seterusnya adalah yaitu Sultan Pahang , Sultan Ahmad Shah. Namun , takhta
baginda kini dipangku anaknya yaitu Tengku
Abdullah.
Apabila Majlis Raja-Raja
tidak boleh memilih Sultan Ahmad Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu maka
, giliran seterusnya adalah Johor yang diperintah Sultan Ibrahim Iskandar.
Syed Danial turut mengatakan
bahawa , Raja-raja yang hadir dalam perjumpaan turut mengambil maklum serta menghormati hasrat Sultan Muhammad V untuk
berundur diri, meletak jawatan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa pada 6
Januari lalu.
“Raja - raja turut
menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan
atas khidmat Sultan Munammad memenuhi amanah serta tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong
mulai tanggal 13 Disember tahun 2016 hingga tanggal 6 Januari lalu,” ujarnya.
Sumber : Bharian

