WOW !! Ternyata Ini Isyarat Rakyat Mengenai Kemenangan BN




Kemenangan Barisan Nasional ( BN ) dalam Pilihan Raya Kecil ( PRK ) Cameron Highlands penting untuk membawa mesej rakyat bahawa mereka sudah  tidak mahu lagi terus ditipu oleh kerajaan Pakatan Harapan ( PH ).

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki Ketua Pemuda UMNO, mengatakan bahawa, pelbagai janji yang telah ditaburkan oleh PH sebelumnya  bukanlah  sahaja tak  ditunaikan malah mereka sering membangkitkan kemarahan rakyat dengan memainkan sentimen perkauman serta agama.

Beliau juga mengatakan bahawa , kerajaan mungkin baharu tetapi dengan harapan yang ditawarkan mereka kepada rakyat merupakan  harapan palsu yang mana rakyat telah berulang kali ditipu.

“ Beri isyarat bersama terhadap  kemenangan BN di Cameron Highlands ini. Bantu kami untuk beri mesej pada Pakatan Harapan  bahawa rakyat sebenarnya sedang marah kepada mereka.

“ Rakyat sudah tidak mahu lagi berterusan ditipu, orang muda serta  peneroka felda juga sudah tidak mahu lagi  jika harus terus ditipu. PRK kali ini penting, beri undi kepada BN untuk memberkan  isyarat bahawa rakyat tidak akan ditipu untuk selama-lamanya,” ujarnya ketika berucap pada Pidato Pemuda UMNO-Pas yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Pas,yang bernama  Muhammad Khalil Abdul Hadi di Tanah Rata.

Sumber : Utusan


close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==