Guan Eng Ucapakan Ini Kepada Najib


                                                                             

Lim Guan Eng,Setiausaha Agung DAP, telah mengucapkan tahniah kepada bekas Perdana Menteri, yaitu  Datuk Seri Najib Razak kerana berjaya membantu Barisan Nasional  ( BN ) menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Guan Eng mengatakan bahawa , beliau juga mengucapkan tahniah kepada calon BN, yaitu Ramli Mohd Noor, yang telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Orang Asli pertama dalam sejarah negara.

“ Selain itu saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada gabungan UMNO serta PAS yang berjaya tarik MCA dan MIC untuk menyokong mereka pada PRK kali ini.

“Kejayaan untuk tarik mereka ( MCA serta MIC ) tentu di luar jangkaan,” ujarnya saat ditemui dalam  sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Perpustakaan Digital , hari ini.

Guan Eng juga mengatakan bahawa, walaupun sudah tewas pada PRK Cameron Highlands, Pakatan Harapan ( PH ) tetap berbangga apabila berjaya menambah undi sehingga 3 peratus.

Justru , belia juga mengatakan bahawa  PH juga telah berjaya untuk menurunkan jumlah undi BN serta  PAS daripada 4,184 pada Pilihan Raya Umum yang Ke-14 (PRU-14) kepada 3,238 undi kali ini.

“ Disebalik kekecewaan itu kerana tewas, kita telah berjaya kurangkan jumlah undi mereka serta tambah 3 peratus lagi undi.

“ Ini memberi  kita kekuatan untuk lawan lagi dan memperbaiki diri serta jentera demi PRK seterusnya,” ujarnya.

BN telah mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands apabila Ramli meraih sebanyak 12,038 undi menewaskan calon PH, M Manogaran (sebanyak 8,800 undi)serta 2 calon Bebas, Sallehudin Ab Talib ( sebanyak 314 undi ) dan Wong Seng Yee ( sebanyak 276 undi ).

PRK itu diadakan setelah  Mahkamah Pilihan Raya pada tanggal  30 November lalu yang mengisytiharkan bahawa  kemenangan Datuk C Sivarraajh daripada BN dalam PRU- ke 14 pada Mei tahun lalu, terbatal serta tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi yang ada di kawasan itu.

Sumber : Bharian


close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==