Sultan Abdullah, adalah Sultan
Pahang yang ke-6, yang akan memakai
gelaran rasmi sebagai Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Menurut kenyataan yang telah
dikeluarkan oleh Kolonel Nazim Mohd Alim
Setiausaha Sulit Sultan Pahang, gelaran tersebut membawa maksud Sultan Abdullah pembela agama
yang dipilih Allah.
Al-Sultan Abdullah yang dimasyhurkan
menjadi Sultan Pahang ke-6 hari ini hasil keputusan sudah bulat suara mesyuarat Majlis Jumaah Pangkuan Diraja
Pahang yang diadakan di Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.
Baginda telah menggantikan
ayahanda baginda yang dilaporkan dalam keadaan gering serta tidak lagi boleh memikul tugas serta
tanggungjawab sebagai pemerintah.
Al-Sultan Abdullah yang
diputerakan pada tanggal 30 Julai tahun 1959,
di Istana Mangga Tunggal Pekan merupakan cahaya mata ke-4 dan putera sulung dari Sultan Ahmad Shah serta Almarhum Tengku Ampuan
Afzan Tengku Muhammad.
Baginda
dipertanggungjawabkan untuk menjadi
Pemangku Raja Pahang yaiut pada tanggal 28 Disember tahun 2016 sehingga tanggal
11 Jan lalu, yaitu setelah Sultan Ahmad
Shah gering.
Kali pertamanya saat baginda
memangku jawatan yaitu ketika baginda
berusia 20 tahun yaitu tepatnya pada tanggal 28 April tahun 1979 semasa ayahanda baginda ditabal Yang
di-Pertuan Agong pada tahun 1979 hingga 1984.
Sumber : Bharian

