Aktor Hollywod Turut Beri Kerterangan Skandal 1MDB



Leonardo DiCaprio  seorang  Aktor Hollywood, yang baru-baru ini muncul secara rahasia di mahkamah untuk memberikan  keterangan mengenai  skandal 1Malaysia Development Berhad “1MDB” .

Leonardo DiCaprio  merupakan sebahagian dari pada proses siasatan yang telah dijalankan  oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ( DoJ ), lapor Washington Post .

Menurut sumber terdekat mengatakan bahawa  tidak dapat disahkan maklumat yang di kongsi DiCaprio kerana prosiding juri hanya  dijalankan secara rahsia . Pihak berkuasa juga berjaya membawanya masuk serta keluar dari mahkamah persekutuan tanpa harus menarik perhatian .

Laporan tersebut juga mengatakan bahawa , pendakwa telah menganggap bahawa  DiCaprio sebagai seorang saksi yang diperbolehkan  memberikan pandangan berguna mengenai ahli perniagaan Malaysia dalam buruan, yaitu  Low Taek Jho atau  Jho Low yang didakwa telah menggelapkan berbilion ringgit dana pelaburan negara itu .

Jhow Low juga didakwa telah  menggunakan dana berkenaan untuk membiayai kempen melobi untuk menamatkan siasatan berkenaan .

DiCaprio bukanlah sasaran utama siasatan itu.

Juru cakap DoJ serta seorang wakil DiCaprio juga enggan mengulas lebih  lanjut.

Juru cakap DiCaprio sebelumnya sudah mengatakan  bahawa pelakon itu bekerja sama dengan siasatan serta menyokong sepenuhnya semua usaha untuk  memastikan keadilan dapat ditegakkan .

DoJ telah melancarkan satu siasatan berikutan dakwaan bahawa dana awam Malaysia yang dicuri tersebut digubah secara haram dengan melalui sistem kewangan dari  Amerika Serikat .

Jabatan tersebut  turut memfailkan tuntutan saman kira-kira sebesar AS$1.7bilion atau RM7bilion membabitkan aset yang telah  didakwa dibeli dengan dana yang  berkenaan.

1Malaysia Development Berhad atau biasa disebut 1MDB merupakan  dana pelaburan negara yang telah dilancarkan oleh  bekas Perdana Menteri yaitu  Datuk Seri Najib Razak pada tahun  2009 sejurus selepas menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sumber : Bharian


close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==